Malaysia

November 24, 2007 at 10:44 pm Leave a comment

Aku suka pi melancong, tak kira dimana dan apa jua cara pun. So since aku dah xperience dan merasai tempat orang, haruslah aku share dengan pembaca blog sini tentang negeri yang pernah aku lawati. Yang Top 3 adalah negeri kesukaan dan yang akan selalu aku pergi dan list seterusnya adalah tempat yang aku less favour lah.

1. Sabah

Aku kesana beberapa kali sebab nak lawat kakak aku di Sandakan. Kat sana aku sempat merasai pesta keamatan, perarakan beautiful pegeant gadis tempatan, lawat Muzeum Sabah dan sempat menyaksikan tarian rakyat yang dipersembahkan oleh pemuda pemudi sana. Selain tu ada pi kaki gunung Kinabalu. Tempat tu memang sejuk. On the way to Sandakan, sempat singgah di Ranau, makan2 makanan sana, Poring – tempat mandi kolam air panas dan sampai di Sandakan pada petang.. Banyak juga ladang kelapa sawit sebelah kiri kanan jalanraya… Makanan laut memang murah, ketam, kerang udang dan sayuran yang datang dari Gunung.. murah. Di Sandakan, sempat lawat pasar tamu, ramai orang filipin sana, bebudak jalanan pun ramai. Sempat ke Sepilok, tempat penjagaan orang utan seperti di Semengoh Sarawak.. Sempat juga lawat ‘rumah merah’ iaitu kem sementara bagi pendatang asing yang tidak halal… and last but not least, sempat nonton wayang di Sandakan.. Pangung wayang memang stail yang lama, bukan ala cineplex.. Surat khabar petang baru dapat, hehehehe.. Tapi overall, puas hati lorrr…

2. Perak

Di sinilah aku belajar mencari Ilmu. Menjejaki kaki kesana tahun 1994, selepas dapat result F5. So buat Matrikulasi I di STAR Ipoh, kelolaan USM. Pi sna sbab waktu tu mana da UNIMAS, UITM dan kawasan yang sewaktu dengannya. Boleh dikatakan yang satu Perak dah aku jelajahi termasuk tempat bersejarah seperti kediaman JWW Birch, Bukit Larut di taiping, Kolej Melayu Kuala Kangsar, UPSI, Bandar di Raja iaitu Batu Gajah, Pulau Pangkor – kat situlah aku first time makan ular sawa, Lumut – kem TLDM, Ulu Kinta- kem PDRM -dengan keluarga angkat yg sesama church dan selalu mandimanda kat sungai sana, Politeknik Ungku Omar yang berdekatan denan Taman Cempaka, Tronoh – pekan koboi, Bota, Papan, Mengelembu, Pengkalan hulu di sempadan Thailand, Yik Fung Supermarket – Ada Christian bookstore kat sana. Aku nonton wayang ‘The Lion King’ kat Ipoh. Ak pernah curi2 keluar hostel pada satu malam untuk mengikuti satu Christian Rally di Stadium Besar Ipoh dan aku pulang dengan selamatnya, kellys castle, Tapah – Cameron Highland – emm sejukkk kat atasa nun ;Lapangan Tebang Sultan Az;an shah tempat aku terbang dan landing selama 4 tahun berturut turut tapi tahunni dah tutup.. entahlah apasal ? Anyway, since aku belajar kat sini, aku puas duduk kat Ipoh and I have no reason not to like it.

3. Penang

Aku belajar sini stahun, matrikulasi II. Penang is so wonderfu, 1st time aku naik feri Penang yang kaler kuning tu dari Seberang Prai , Butterworth ke Pulau Pinang. Perjalanan air tu selama 15 minit memang menyeronokan buat pertama kali dan sememnag menyeronokkan pada kali yang seterusnya. Jambatan Pulau Pinang yang ke 3 panjangnye pun dah aku lalui dari satu hujung ke hujung yang lain. Oh rupa2nya USM terletak di penghujung jalan satu tu.. ini untuk pengetahuan ramailah.. Penang ada juga banyak bangunan yang lama, KOMTAR, bangunan dalam USM sendiri, Museum USM – sana ada enjin turbo jet tentera yang anda boleh lihat dan sentuh.. fuyoh.. hehehe, Seberang Prai, pekan Butterworth, FGA Penang kat Hotel Agora iaitu 15 minit berjalan kaki dari KOMTAR, Bukit Jambul, Water theme Park kat Pulau Tikus, aku first tim jumpa dengan Ps Ronny Daud Simeon iaitu pencipta lagu Sungai Sukacita kat sini. Ps Jerry yang memperkenalkan lagu ‘Glori Gloria bagi Yesus Tuhan’ (tahun 94). Walaupun Penang kecil, tapi sumbanganya terhadap saya secara peribadi adalah amat besar. Sinilah aku kenal Tuhan Yesus secara lebih dalam. Macam Perak, aku kenal sangat dengan Penang ni. Tak kan sesat punye, Ohya, kalau round island ke Balik pulau, buah durian dan taman rama2 pun ada. Aku PUAS!

4. Johor – Skudai, Masai, Johor Bahru, Senai airport

5. Melaka – ITM Melaka, A FAMOSA, Meuseum Melaka yang teramat banyak nye… tapi kena berbelanja lah..Mahkota Parade yang dibena atas tanah tembok di Selat melaka

6. Selangor – Genting Highlands, UPM, UM, Petaling Street, satu KL, KLIA, KLCC, Subang Parade, Megamall, dan banyak Mall yang lain. Sini aku ada naik, STAR, PUTRA, KL Express, KTM komuter.

7. Pahang – Kuala Lipis, tempat kediaman Siti Nurhaliza, Lombong Emas yang tercanggih di Malaysia, aku 1st time berkaraoke kat satu kelab malam sine.. Hehehe, Kuala Lipis ni kecil, tak macam bandarnya.

8. N. Sembilan – Nilai, tempat persingahan kalau nak ke KLIA, Dapat nengok UKM dari sini.

9. Kedah – Alor Star and MRSM Kulim

10. Kelantan – Gua Musang – Tempat pemprosesan Bijih Timah separa moden.

WP Labuan, Perlis dan Terengganu adalah 3 destinasi yang belum ku pergi. Tengoklah, kalau ada pa2 yang dapat menarik perhatian ku kelak..

Advertisements

Entry filed under: My Memory Lane.

Ambik kesempatan Hepi Besday

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Recent Posts

Visitors count since July ’07

site stats

%d bloggers like this: